Tuesday 26 February 2013

nangis?...

Hi korang...

hari ni hari yg ceria bg aku...x nak sedih2 hari ni...yelah, jenis aku ni klu sedih je mesti nk nangis...korg ade yg mcm aku x?...aku ni bukan r jenis nk cpt sentap tp klu betul2 sakit atau mmg x tahan, mesti air mata aku meleleh...klu aku marah pun cmtu gak...aku blh marah n ckp ape yg aku x puas hati tp dlm masa yg sama, air mata aku mesti meleleh...mmg minah air mata aku ni kan...hehehe

kali ni bukan saje2 aku nk citer psl nangis2 ni...aku br dpt beberapa fakta ttg tangisan dan air mata ni...korang nk tau x, tangisan ni sebenarnye adalah 'satu terapi perubatan' dan 'menangis adalah pelajaran terpenting dalam islam'...kebaikan menangis dari sudut perubatan ni adalah seperti ;

1. Menyahkan Zat Berbahaya Dari Tubuh Badan
    - zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

2. Meningkatkan Kadar Degupan Jantung
    -degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sgt tenang.

3. Menghalang penyakit
    - Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. hampir semua pesakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati. manakala bagi mereka2 yg sihat itu mengatakan menangis adalah sesuatu yang semulajadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4. Membebaskan Racun Dari Badan
    - Arthur Frank seorang ilmuan dr Amerika berkata "oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur2 beracun dr dlm tubuh, maka menahan airmata beerti tumbuhnya racun secara perlahan2. secara fitrahnya pompuan lbh cenderung menangis berbanding lelaki. maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana pompuan bebaskan bnyk racun dlm badan melalui tangisan.

5. Air Mata Mengandungi 25% Protien
    - Kajian2 yg dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protien dan satu bhgn drpd zat terutama magnesium. hal ini adalah unsur yg x seimbang dan blh jd racun kpd manusia. ia dpt dibebaskan drpd manusia ketika menangis.

Para nabi dan rasul sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka. maka bagi setiap diri kita yg bergelar hamba ni, wajarlah bg kt sumer meluangkan waktu utk menangis. klu belum mampu menangis, belajarlah utk menangis atau bermulalah dgn berpura2 menangis. sekian dl perkongsia aku utk kali ni...hrp info ni blh membantu dan sikit sebanyak blh jd rujukan aku sndr di masa akan dtg...

*rujukan - Buku Perancangan Eksekutif Islam Newrise Channel (M) Sdn bhd
              - Terbitan BUMIRESTU CREATIVE SDN BHD

sekian...bye korang...

*salamesrabadingatan*

2 comments:

Anonymous said...

yeke xkuat sentap..sentap mak...

ricca said...

hahaha...sentap ckit je (cheh, xnak ngaku lg tu ye)

 
Jaga Hati Hiasi Peribadi Blogger Template by Ipietoon Blogger Template